Tsubaki (椿, pengertian literal "Kamelia") merupakan pendeta wanita hitam dan juga pesaing sengit Kikyo. Dia amat mecemburi Kikyo dapat menjadi seorang pengawal Permata Shikon, lalu dia menggunakan shikigaminya untuk menyerang Kikyo. Namun atas sebab Kikyo dapat menghantar serangan balasan kepada Tsubaki pada tepat masanya, mata Tsubaki terkena serangan shikigami sendiri lalu meninggalkan kesan kulit ular. Bagi menutupi kesan serta mengekalkan kecantikannya, Tsubaki telah menggunakan matanya menyerap pelbagai raksasa ke dalamnya.
50 tahun kemudian, Tsubaki telah bersetuju dengan Naraku dengan menggunakan serpihan Permata Shikon untuk membunuh Kagome selagi dia boleh memperoleh Permata Shikon selepas menyelesaikan misinya. Meskipun Tsubaki telah mengikut arahan Naraku untuk berbuat demikian, namun semasa dia menghantar shikigaminya bagi mendapat serpihan dari leher Kagome, Kagome sempat membalas serangannya kepada Tsubaki dan seterusnya shikigami telah memasuki ke dalam matanya. Segala pertaruhan pun telah tiba di penghujung dan Tsubaki segera melarikan diri dari ancaman Inuyasha dengan menaiki raksasa.